Gereja Labuan – Lawatan Penggembalaan Pendeta Matias Akal : 5-6 Julai 2023

Jun 23, 2024 Off By admin

Kebaktian keluarga Saudari Raini Risut di Simpang Bunga Cempaka Kg. Kilan, Labuan pada 5 Julai 2023

Sempena lawatan penggembalaan Pendeta Matias, Pasukan Penginjilan Gereja Labuan telah mengambil kesempatan untuk mengadakan lawatan dan kebaktian keluarga di dua buah rumah seiman iaitu rumah Saudari Raini Risut pada 5 Julai 2023, jam 7.30 malam dan juga rumah Saudari Imelda Jearvis pada 6 Julai 2023, jam 7.30 malam.

Kebaktian keluarga ini dihadiri oleh lebih kurang 10 orang AJK Pasukan Penginjilan yang terdiri daripada diaken, belia dan beberapa orang pemercaya Gereja Labuan. Kami amat bersyukur kerana kesempatan seperti ini dapat membuka mata kami tentang betapa pentingnya kasih di antara seiman dan kita haruslah mengambil berat keadaan di kalangan seiman kita tanpa mengira kaum dan bangsa.

Kiranya kami dapat mengadakan lebih banyak lawatan kebaktian keluarga seperti ini pada masa yang akan datang.

Syukur puji Tuhan. Haleluya!

Kebaktian keluarga Saudari Imelda Jearvis di Block M18 Taman Mutiara, Labuan pada 6 Julai 2023