Syukur atas kasih dan pimpinan Tuhan, Komiti Pelayanan Belia telah berjaya menganjurkan satu aktiviti Kejohanan Beregu Badminton yang berlangsung pada 19 Julai 2023 (Rabu), bertempat di Dewan JS Sport Centre, Labuan.
Aktiviti ini merupakan salah satu inisiatif belia untuk menarik minat jemaat terutama para belia yang sudah lama tidak datang berkebaktian untuk mengikuti aktiviti santai seperti ini agar para belia dapat saling berinteraksi dan saling mengenal di antara satu sama lain dengan lebih mendalam lagi.
Selain itu, aktiviti ini juga ber tujuan untuk menguatkan lagi tali persaudaraan di kalangan seiman agar tidak kehilangan semangat kasih. Kejohanan Beregu Badminton ini terbuka kepada dua kategori iaitu 15 tahun ke atas dan 14 tahun ke bawah.
Jumlah penyertaan lebih kurang 45 orang yang terdiri daripada murid-murid UPA, belia beliawanis dan juga jemaat Gereja Labuan.
Kami amat bersukacita kerana aktiviti ini telah berjalan dengan begitu lancar sekali dan kiranya kami berpeluang untuk menjalankan lebih banyak aktiviti seperti ini lagi pada masa akan datang.
Segala kemuliaan diberikan kepada nama Tuhan Yesus.