Hati Manusia Mencerminkan Manusia Itu

Empat Peperangan

Ubat Yang Mujarab

Kesudahan Setiap Manusia

Mengenai Kami

Sepuluh Dasar Kepercayaan Kami

 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan '10 DASAR KEPERCAYAAN' ?

Anda adalah dialu-alukan mengkaji dan mengenali '10 Dasar Kepercayaan' gereja kami.

Percaya Yesus

Percaya bahawa Yesus adalah Firman yang menjadi manusia, Ia berkorban mati di atas kayu salib demi menyelamatkan umat manusia yang berdosa, pada hari ketiga bangkit kembali dan setelah 40 hari Ia telah terangkat ke Syurga. Dia adalah Juruselamat Tunggal manusia, Tuhan semesta alam dan Tuhan Yang Maha Esa. Lagi

Percaya Alkitab

Percaya bahawa Perjanjian Lama dan Baru dalam Alkitab ini diilhamkan oleh Tuhan, dan sesungguhnya la membuktikan Kebenaran, serta menjadi panduan yang standard dalam kehidupan jemaat Gereja Yesus Benar.

Percaya Jemaat

Percaya bahawa jemaat ini didirikan oleh Tuhan Yesus Kristus melalui Roh Kudus pada zaman hujan akhir dan ia adalah jemaat benar yang dipulihkan seperti zaman rasul.

Percaya Pembaptisan

Percaya bahawa pembaptisan dengan cara seluruh tubuh diselamkan ke dalam air, dengan kepala tertunduk, dalam sumber air hidup adalah sakramen untuk pengampunan dosa dan kelahiran kembali. Baptisan ini harus dilaksanakan dalam nama suci Tuhan Yesus Kristus oleh seorang pembaptis yang telah dibaptiskan dengan air dan roh kudus.

Percaya Roh Kudus

Percaya bahawa Roh Kudus adalah jaminan untuk memperoleh janji Tuhan kepada kita iaitu Kerajaan Sorga. Tanpa Roh Kudus kita bukan milik Tuhan. Bukti penerimaan Roh Kudus ialah berkata-kata dalam bahasa roh semasa berdoa.

Perkongsian Dalam Talian

Kami mengalu-alukan pertanyaan anda