Zon Pantai Barat – Seminar Suami Isteri Penjabat Kudus : 23 April 2023

Jun 23, 2024 Off By admin

Syukur kepada Tuhan! Di bawah pimpinan Tuhan, seminar setengah hari untuk Suami Isteri Penjabat Kudus Zon Pantai Barat telah diadakan di Gereja Kolombong pada 23 April 2023.

Terima kasih kepada saudara saudari Gereja Kolombong atas sambutan penuh kasih sayang mereka, kerana menyediakan sarapan pagi, minuman ringan, makan tengah hari yang mewah dan penyediaan tempat dan kemudahan untuk memastikan seminar ini berjalan dengan lancar.

Selepas latihan nyanyian kidung yang bermula pada pukul 8:35 pagi, Pendeta Yustus Joanes memulakan seminar dengan nyanyian kidung dan doa pada pukul 8:50 pagi dan menyampaikan pengenalan ringkas.

Pendeta Ho Shun Hui seterusnya memulakan sesi pertama seminar dengan tema Sejati Sejiwa Melayani dan topik Kehidupan Keluarga Pelayan Jemaat.

Terdapat 4 sesi pelajaran dalam seminar, 10 minit masa rehat diperuntukkan bagi setiap sesi pelajaran dan seramai 80 orang peserta  mengikuti seminar ini.

Atas berkat Tuhan, kami dapat belajar bahawa seisi rumah harus menganggap bekerja untuk Tuhan merupakan sesuatu yang mulia dan mengurus rumah tangga masing-masing dengan baik. Selain itu, kami juga dapat mempelajari kehidupan keluarga yang perlu ada pada diri seorang pelayan dan menjadikan Kristus sebagai tuan rumah.

Akhirnya Pendeta Ho mendorong kami dengan “Dari pada-Nyalah seluruh tubuh, — yang rapi tersusun dan diikat menjadi satu oleh pelayanan semua bagiannya, sesuai dengan kadar pekerjaan tiap-tiap anggota — menerima pertumbuhannya dan membangun dirinya dalam kasih.” (Ef. 4:16)

Sesi-sesi pelajaran berakhir pada pukul 1:00 petang dan seminar bersurai selepas makan tengah hari.

Syukur kepada Tuhan! Setiap kali kita mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh gereja, kita dapat dibangunkan dengan beransur-ansur. Ini membolehkan kita melayani Tuhan dengan lebih sepenuh hati dan menjadi hamba yang diperkenankan Tuhan.