Subzon Sandakan – Seminar Penterjemah Gereja Elopura : 24 April 2023

Jun 23, 2024 Off By admin

Syukur kepada Tuhan, selepas selang masa lebih daripada sepuluh tahun dan berlalunya waktu pandemik, Seminar Penterjemah Subzon Sandakan yang lama dinanti-nantikan telah diadakan pada suatu hari cuti awam, iaitu pada
24 April 2023 (hari Isnin), dari jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang di Gereja Elopura, Sandakan.

Ini merupakan anugerah dan pemberian Allah yang istimewa. Ia bukan sahaja di luar jangkaan manusia, tetapi juga memberi kejutan kegembiraan yang luar biasa.

Aturcara pada hari tersebut sangat berkelimpahan, malahan memberi pembangunan. Kuliah pada waktu pagi merangkumi upacara pembukaan (nyanyian kidung dan berdoa), kuliah pertama, kuliah kedua dan persediaan sebelum menterjemah.

Sebelum makan tengah hari, semua orang memanfaatkan waktu berharga ini untuk mengambil foto bersama sebagai kenang-kenangan.

Selepas makan tengah hari, ada sesi nyanyian kidung. Semua orang menyanyikan lagu 'Satu Mulut yang Lain' bersama-sama, lirik yang indah mengingatkan para penterjemah yang terpilih akan peranan menyanyikan lagu 'Satu Mulut yang Lain' bersama-sama, lirik yang indah mengingatkan para penterjemah yang terpilih akan peranan yang harus dimainkan mereka bagi hamba-hamba Tuhan.

Selanjutnya ialah ‘Sesi Kesaksian', di mana terdapat 6 orang rakan sekerja penterjemah yang telah berkongsi tentang bagaimana mereka dapat menyertai pekerjaan suci ini di bawah pimpinan Tuhan, mereka dipenuhi dengan kasih karunia Allah yang berkelimpahan dalam pelayanan ini, piala mereka penuh dengan berkat yang melimpah, sehingga diperoleh dengan tidak terbatas dan juga tidak habis untuk digunakan.

Syukur atas pimpinan Tuhan, sebanyak 29 orang rakan sekerja yang hadir dalam seminar kali ini, 27 orang rakan sekerja yang hadir secara fizikal dan 2 orang rakan sekerja yang mengikuti seminar secara dalam talian. Mereka terdiri daripada 12 orang rakan sekerja penterjemah yang sedia ada dan 17 orang rakan sekerja yang bakal meneruskan kerja penterjemahan ini.

Syukur kepada Tuhan, kiranya segala kemuliaan diberikan kepada namaNya, dari sekarang sampai selama-lamanya. Amin.