Gereja Penampang – Seminar Penyempurnaan Rohani Persahabatan Saudari : 1 Mei 2023
Jun 23, 2024 Off By adminSyukur kepada Tuhan, Subzon Kota Kinabalu telah mengadakan Seminar Penyempurnaan Rohani Persahabatan Saudari di Gereja Penampang pada 1 Mei 2023 (Isnin).
Seminar tersebut bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada pukul 3:15 petang.
Seramai 255 seiman telah datang untuk mengambil bahagian dalam seminar pada hari itu.
Seminar Penyempurnaan Rohani dimulakan dengan nyanyian kidung dan doa yang dipimpin oleh Dn Daniel Chin, seterusnya diikuti dengan persembahan 2 buah kidung oleh Koir Persahabatan yang berjudul "Kristus Hidup Dalam Hatiku" dan "Tangan Yang Tak Kelihatan".
Selepas itu, Pdt James Yapp menyampaikan khutbah yang bertajuk "Peranan Saudari Dalam Alkitab". Antara isi kandungan termasuklah peranan saudari dalam keluarga, gereja dan masyarakat.
Pertama sekali, saudari memainkan peranan sebagai isteri yang baik, ibu yang baik, menantu yang baik dan guru yang
baik dalam keluarga. Dalam sesebuah keluarga, ajaran ibu berkait rapat dengan tumbesaran anak.
Kedua, saudari memainkan peranan penting dalam gereja sebagai pemercaya yang baik, rakan sekerja dan pemimpin yang baik.
Akhirnya, pengurus, dermawan dan saksi yang baik adalah peranan yang dimainkan oleh saudari dalam masyarakat.
Daripada topik ini membolehkan kami memahami bahawa saudari memainkan peranan yang amat diperlukan dalam keluarga, gereja dan masyarakat.
Sebelum makan tengah hari, ada satu sesi doa yang dipimpin oleh Pdt Thomas Kam.
Selepas itu, saudari Kee Siew Mee menunjukkan cara membuat sabun. Pada pukul 2 petang, saudari Wong Hung Hsiu dan Lee Chooi Earn berkongsi kesaksian mereka.
Akhirnya, Dn Daniel Chin memimpin nyanyian kidung dan doa untuk mengakhiri Seminar Penyempurnaan Rohani.
Semoga Tuhan terus memimpin Gereja Penampang, Amin!