Gereja Tuaran

Gereja Tuaran

Sejarah Gereja Tuaran

 

Chin Qin Quan dengan nama kudusnya John merupakan perintis gereja Tuaran. Beliau menjalankan perniagaan Fu Quan Xing di Tuaran, Kota Kinabalu, Nanyang Borneo Utara. Beliau sebenarnya merupakan pemercaya gereja Anglican, tetapi setelah datang ke Nanyang, beliau pergi ke gereja SDA selama tujuh tahun dan pernah menjadi diaken di gereja tersebut.

Pada tahun 1927, beliau membawa dua anak lelaki beliau balik ke Fuzhou, China untuk melanjutkan pelajaran di sana . Secara kebetulannya, Gereja Yesus Benar telah diasaskan pada masa tersebut. Beliau mengenali Gereja Benar melalui Dns. Maria. Beliau turut menerima baptisan yang sah di bawah pimpinan Dn. Luke Gao. Beliau pulang ke Tuaran pada tahun yang sama lalu mula mengadakan kebaktian dan memberitakan injil di tingkat atas lot kedai yang diusahakan oleh beliau.

Pada tahun 1929, Dns. Dorcas Lee beserta suami beliau dari Kota Kinabalu datang membantu Dn. John Chin untuk membuat filing dengan Majlis Perbandaran Tuaran. Pada tahun 1930, Gereja Yesus Benar di Tuaran diasaskan di tingkat atas lot kedai beliau setelah mendapat kelulusan lesen daripada kerajaan. Pada masa yang sama, beliau turut mendapat lesen untuk memimpin pelaksanaan upacara perkahwinan untuk seiman. Beliau kemudian diurap sebagai diaken dengan nama kudus John oleh Dn. Philip Tyan.

Antara bulan Disember 1931 sehingga tahun 1935, Dn. John Chin mendapat penyakit paru-paru yang serius akibat terlalu kepenatan. Ketika memohon penyembuhan daripada Tuhan, beliau bernazar akan membina sebuah bangunan gereja untuk dipersembahkan kepada Tuhan jika penyakitnya disembuhkan. Syukur kepada Tuhan, Tuhan mendengar permohonannya. Beliau sembuh sepenuhnya selepas dua bulan. Badannya juga menjadi kuat. Untuk membayar nazar beliau terhadap Tuhan, akhirnya gereja dibina di kawasan Tan Zhang (Tanjung). Pentahbisan dan Kebaktian Kebangunan Rohani telah dijalankan pada 15 Jun 1935. Secara kebetulannya, Dn. Peter Kwong berpindah dan bekerja di Tuaran. Oleh itu gereja dipertanggungjawabkan kepada beliau. Dn. John Chin pulang ke Fuzhou, China dan menjadi bendahari gereja selama tiga tahun di samping menjaga ibu beliau yang telah lanjut usia. Selepas mendengar perkhabaran tentang peperangan antara China dan Jepun yang mungkin akan tercetus, beliau membawa kedua-dua anak beliau pulang ke Tuaran dalam keadaan damai sejahtera.

 

 

Pada bulan Oktober tahun 1943, ketika dalam tempoh Perang Dunia Kedua, Dn. John Chin ditawan oleh askar Jepun dan dipenjarakan selama 102 hari. Beliau memohon pertolongan Tuhan semasa di dalam penjara. Beliau juga bernazar untuk mempersembahkan dirinya melakukan kerja suci bagi Tuhan. Tuhan sekali lagi mendengar doa beliau dan beliau dilepaskan untuk pulang ke rumah dengan selamatnya. Setelah askar gabungan menang, Dn. John Chin mula membayar nazar beliau bagi membalas anugerah penyelamatan Tuhan. Dn. John Chin dan isteri beliau dengan beraninya memberitakan injil kepada sanak-saudara dan kawan-kawan di merata tempat. Status Bumiputera puan diaken memudahkan beliau untuk memperkenalkan injil kebenaran kepada kaum Dusun siang dan malam. Mula-mula, mereka mengadakan penginjilan terbuka untuk menyebarkan anugerah keselamatan Gereja Yesus Benar di tapak tamu yang berdekatan dengan Tuaran dan Tamparuli. Kemudian, mereka turut pergi ke Papar, Beaufort, Klias dan kampung-kampung seperti Takimnamu  Wangkod, Timbou dan Tinuhan untuk menyaksikan anugerah keselamatan Tuhan kepada kaum Dusun dan kaum Bumiputera yang lain.

 

Lokasi asal gereja di Tan Zhang (Tanjung)  berpindah ke lokasi sekarang kerana perpindahan hak milik geran tanah. Lokasi sekarang bertempat di Kg. Berungis, KM30 (Batu 19) Jalan Tuaran dan merupakan tanah milik saudara Chin Yu Sang, anak lelaki ketiga Dn. John Chin. Pentahbisan bangunan gereja dan Kebaktian Kebangunan Rohani diadakan pada 01 Jun 1957. 12 tahun kemudian, iaitu pada tahun 1969, bangunan gereja diubahsuai untuk kali yang ketiga.

 

 

Pada awal tahun 1980, bangunan gereja menjadi sangat usang dan sempit. Oleh itu, pada tahun 1981, bahagian hadapan bangunan gereja diperluaskan sebanyak 3.5 meter (12 kaki) namun kesannya tidak berapa memuaskan. Kemudian, saudari Chin Bao Ai , anak perempuan sulung Dn. John Chin mempersembahkan tanah kosong di hadapan gereja sebanyak 0.55 ekar. Gereja membuat keputusan untuk mendirikan semula bangunan gereja baru dengan keluasan 22.5 meter x 12 meter (74 kaki x 40 kaki) di atas tanah berkenaan. Projek tersebut dimulakan pada bulan Februari 1987 dan dijangka siap pada bulan November hujung tahun tersebut. Syukur kepada Tuhan, pentahbisan gereja dijalankan pada 4 Disember tahun yang sama. Pada tahun 2015, astama dan bilik darjah diubahsuai untuk kali pertama kerana keadaannya yang usang. Ruang makan juga dibina semula pada tahun 2016.

 

 

Pada tahun 1965, Ibu Gereja Taiwan mengutus Dn. John Yang dan Dn. Lim Feng Sheng datang ke Sabah untuk membantu kerja suci termasuklah pendidikan agama. Kelas pendidikan agama Gereja Tuaran dimulakan pada tahun 1968. Hanya terdapat satu kelas dan seorang guru pada masa tersebut. Kelas terbahagi kepada kelas darjah atas dan kelas darjah rendah pada tahun 1985. Kelas Bumiputera dibuka pada tahun 1986. Sehingga tahun 2017, terdapat satu kelas masing-masing untuk darjah rendah, darjah atas, menengah rendah dan menengah atas dengan 10 orang guru dan 24 orang murid. Walaupun terdapat lebih daripada 350 orang pemercaya dalam buku pendaftaran pemercaya, namun ramai yang telah berpindah ke tempat lain untuk mencari rezeki. Bilangan yang menghadiri kebaktian hari Sabat kini adalah lebih kurang 100 orang.

 

 

Gereja Tuaran dimulakan pada tahun 1968. Hanya terdapat satu kelas dan seorang guru pada masa tersebut. Kelas terbahagi kepada kelas darjah atas dan kelas darjah rendah pada tahun 1985. Kelas Bumiputera dibuka pada tahun 1986. Sehingga tahun 2017, terdapat satu kelas masing-masing untuk darjah rendah, darjah atas, menengah rendah dan menengah atas dengan 10 orang guru dan 24 orang murid. Walaupun terdapat lebih daripada 350 orang pemercaya dalam buku pendaftaran pemercaya, namun ramai yang telah berpindah ke tempat lain untuk mencari rezeki. Bilangan yang menghadiri kebaktian hari Sabat kini adalah lebih kurang 100 orang.

 

Surat Kebenaran Pencawangan Gereja Yesus Benar

 

Gereja Tuaran (Berungis)  – Tahun 2017