Gereja Donggongon

Pada tahun 2000, Jawatankuasa Eksekutif Gereja Penampang mencadangkan supaya mendirikan gereja di kawasan Donggongon. Tujuannya adalah untuk memberitakan Injil di kawasan ini.

Donggongon merupakan pusat perdagangan yang sibuk dan utama di Daerah Penampang. Kebanyakan pendudukan di sini yang bersuku kaum Kadazan dan Dusun beragama Roman Katolik, pihak Gereja Katolik telah mendirikan sekolah untuk penduduk tempatan.

Setelah penyelidikan dijalankan, barulah lokasi yang sesuai ditemui. Pada 26 Disember 2000, Exco Gereja Penampang telah berjaya menemui satu tempat yang sesuai, iaitu kedai No 5 tingkat empat blok K di Donggongon.

Exco Gereja Penampang telah melantik Saudara Wong Chiew Lin dan Saudara Pang Ming Kui untuk memantau projek pengubahsuaian.

Gereja Donggongon ditubuhkan pada tahun 2001, kebaktian mula dijalankan pada 4 Ogos 2001, Jawatankuasa Eksekutif Gereja Donggongon ditubuhkan pada bulan Ogos 2001. Ahli Jawatankuasa termasuk dua orang dari Exco Gereja Penampang dan lima orang ahli Gereja
Donggongon.

Lokasi Pertama dan Keadaan Sekeliling Gereja Donggongon

Gereja Donggongon sebelum ini bertempat di tingkat empat blok K Megalong Mall di kawasan perdagangan Donggongon. Tingkat bawah adalah kedai, tingkat dua adalah kedai gunting rambut, tingkat tiga dan tingkat empat adalah flat kediaman. Bahagian depan bangunan ini merupakan tempat letak kereta bertingkat dua. Kebanyakan agensi kerajaan Daerah Penampang seperti Majlis Daerah, Balai Polis, Pejabat Pos, Bank, Perpustakaan dan
sebagainya terletak di kawasan ini. Selain itu, terdapat sebuah tokong Buddha berada berdekatan. Tamu pada setiap Hari Khamis dan Jumaat menarik orang ramai datang ke sini untuk membeli hasilan segar dan barang keperluan harian.

Peristiwa Penting

Pada 16 Mei 2001, setelah diketahui bahawa rumah kedai ini akan diubahsuai menjadi tempat beribadah, maka pemilik unit sebelah datang bertanya apakah pihak gereja ingin membeli unit di sebelah gereja. Setelah mesej disampaikan kepada Exco Gereja Penampang, keputusan telah dibuat untuk membeli unit kedai tersebut. Pihak Gereja Penampang turut membiayai untuk pembelian unit kedai. Unit ini akan diubahsuai menjadi kelas kanak-kanak, dapur dan ruangan jamuan ringan.

Tempat ibadah yang asal terletak di tingkat empat. Ahli Exco Gereja Donggongon beranggap ruangan yang sempit amat menyusahkan seiman lanjut usia. Dengan itu, keputusan telah dibuat dalam mesyuarat Exco kali kedua untuk membeli sebidang tanah berkeluasan satu hingga dua ekar untuk membina gereja.

Pada April 2002, Jawatankuasa Eksekutif Donggongon telah diberitahu bahawa adanya sebidang tanah berkeluasan 1.78 ekar di Kampung Jiba dibuka untuk jualan. Tempat ini berdekatan dengan Gereja Donggongon lama. Exco gereja bersetuju untuk membeli tanah ini untuk pembangunan kelak.

Gereja Kini

Selepas melunaskan pinjaman Yayasan Kekelimpahan, Exco gereja berkeputusan membina bangunan gereja baharu. Pada bulan April 2003, seorang jurubina telah dilantik untuk melakar pelan gereja baharu dan diserahkan kepada agensi kerajaan. Tender dibuka pada hujung tahun 2007 kepada kontraktor. Kerja pembinaan bermula pada tahun 2008.

Bangunan gereja baharu siap dibina pada bulan Jun 2011, perpindahan masuk ke bangunan gereja baharu pada 23 Julai 2011. Kebaktian kali pertama diadakan di gereja baharu pada 30 Julai 2011. Setakat ini terdapat sejumlah 80 orang pemercaya di Gereja Donggongon, di mana 60% adalah kaum bumiputera dan 40% pula merupakan kaum Cina. Matlamat utama gereja adalah menyebarkan Injil kepada penduduk tempatan agar lebih banyak orang dapat percaya kepada firman kebenaran.

Semoga Gereja Donggongon dapat mencapai matlamatnya dan mengenapkan amanat pemberitaan Injil. Semoga segala kemuliaan diberi kepada Tuhan.