Gereja Tanjung Aru

Gereja Tanjung Aru

Pada hujung 1980-an, terdapat sepuluh orang saudara-saudari di Kota Kinabalu (ibukota Sabah),
diantaranya terdapat beberapa orang penguasa gereja, mereka telah mendirikan sebuah syarikat
perniagaan yang menjual alat-alatan logam dan kemudian telah membeli sebuah kedai yang
bertingkat dua dengan pinjaman bank di 4 Jalan Pinang, Tanjung Aru. Oleh kerana adanya mereka
yang ingin berhijrah ke luar negeri, maka mereka bercadang supaya kedai ini dipersembahkan
kepada gereja untuk menubuhkan gereja cawangan. Cadangan ini dibawa kepada mesyuarat AJK
Gereja Kota Kinabalu. Dengan cepatnya ia telah mendapat sambutan positif. Sepuluh orang seiman
yang pada mulanya ingin menjalankan perniagaan perkongsian juga bersetuju terus membayar
pinjaman bank yang masih berhutang sebanyak 2/3 itu. AJK untuk menubuhkan gereja telah
ditubuhkan pada pertengahan tahun 1988.

Syukur atas gerakan Roh Bapa di syurga, pada bulan Julai 1989, penguasa-penguasa gereja
sementara yang dilantik oleh pihak Gereja Kota Kinabalu telah memanggil seluruh jemaat di
kawasan Tanjung Aru untuk mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perkara penubuhan
gereja. Walaupun hadirin pada ketika itu hanya terdapat empat puluh lebih orang sahaja, namun
semua memberi sokongan penuh. Mesyuarat juga mendapat persetujuan pihak Gereja Kota
Kinabalu untuk menanggung segala kos pengubahsuaian aula gereja, manakala pemercaya
mempersembahkan perabot dan alat-alat kegunaan dalam gereja. Aula gereja ditempatkan di tingkat
satu. Tingkat bawah akan disewa dan pendapatan itu diberikan kepada pihak gereja. Setelah kerja
pengubahsuaian selesai, maka kebaktian Hari Sabat bermula pada 03 Mac 1990. Syukur kepada
pimpinan Tuhan kerana semakin ramai pemercaya yang jarang kelihatan dahulu telah kembali
untuk memegang Hari Sabat. Secara perlahan-lahan bilangan orang yang menghadiri kebaktian
telah bertambah dari empat puluh lebih orang kepada lapan puluh lebih orang. Pada 08 September
1990 mesyuarat Agung pemercaya telah dijalankan. AJK gereja telah memutuskan supaya
mengadakan kebaktian malam pada hari Jumaat mulai bulan November 1990. Di samping itu,
penguasa-penguasa gereja akan memimpin kumpulan lawatan melakukan kerja melawat pemercaya.
Dengan adanya penyertaan Tuhan, bilangan pemercaya telah bertambah dengan cepatnya sehingga
mencapai seratus empat puluh lebih orang. Kadangkala menimbul masalah tidak mencukupi tempat
duduk pada Hari Sabat atau Sakramen Perjamuan Kudus. Kumpulan koir, para belia dan ahli-ahli
dari persahabatan lain turut menjadi giat dan aktif; pihak gereja sering mengadakan Kebaktian
Penginjilan, aktiviti persahabatan, menyedar risalah injil, melawat ke gereja tempatan yang lain dan
sebagainya. Terutamanya kumpulan koir, dibawah pimpinan Pendeta Zon, selalu membantu dalam
kerja penginjilan melalui kidung puji-pujian. Pihak gereja juga selalu mengadakan pelbagai latihan
seperti penterjemah untuk membangunkan pekerja suci di Zon ini. Semua hasil baik adalah akibat
usaha kerjasama penguasa-penguasa dengan belia-belia dan penyertaan kekuatan dari atas.
Walaupun gereja kecil seperti burung pipit, namun segala tiada kekurangan, malah penuh dengan
tenaga.

Memandangkan aula gereja yang tidak mampu memuatkan pemercaya yang semakin bertambah,
penguasa gereja mengadakan mesyuarat dan mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah
gereja di Putatan. Menurut pembancian, separuh pemercaya adalah tinggal berselerak di kawasan
itu. Disebabkan masalah pengangkutan maka tidak dapat sentiasa datang menghadiri kebaktian
malam. Menubuhkan gereja di kawasan itu juga dapat memudahkan kerja penggembalaan
pemercaya di situ. Pada masa yang sama, pihak gereja mendirikan lebih banyak tapak penginjilan
agar dapat memimpin domba-domba yang hilang kembali ke dalam kawanan domba Tuhan. Ini
merupakan perkara yang betapa indahnya! Setelah disetujui oleh mesyuarat AJK Zon, di bawah
bantuan gereja-gereja tempatan lain, akhirnya gereja Putatan mula berkebaktian pada bulan Jun,
1997. Dalam satu mesyuarat pada tahun 1999, AJK Zon telah membincangkan perkara mengenai
Bandaraya Kota Kinabalu akan menggunakan undang-undang bandar baru pada masa depan, ini
akan membawa kesukaran kepada gereja untuk menubuhkan gereja di bandaraya, maka mesyuarat
itu telah mengambil keputusan untuk menubuhkan banyak lagi gereja di bandar ini dengan secepat
mungkin. Gereja Tanjung Aru telah diutus untuk mengorganisasikan gereja di pusat bandar. Syukur
kepada Tuhan, di bawah kerjasama para teman sekerja, pada 01 Febuari, 2000, Gereja Yesus Benar
telah didirikan di Asia City, Bandaraya Kota Kinabal

Dengan adanya menubuhkan gereja cawangan, purata bilangan pemercaya yang menghadiri
kebaktian Hari Sabat di Gereja Tanjung Aru adalah berjumlah tidak lebih daripada lima puluh
orang, walaupun bilangan telah berkurangan lebih separuh daripada asalnya, namun Tuhan Yesus
memberi kita kekuatan untuk berdikari. Syukur kepada Tuhan, anugerah-Nya sentiasa cukup dan
berkelimpahan. Semoga segala kemuliaan, kepujian, kehormatan dan kesyukuran diberikan kepada
Tuhan. Haleluya, Amin!

(Berdasarkan satu artikel dari ‘Commemoration of the 10th Anniversary of the True Jesus
Church Tanjung Aru 1990~2000’ yang asalnya ditulis oleh Pnt Luke Tham dan kini
disunting oleh Dn John Chin)