
Sejarah Gereja Sepanggar
Tahun 1989
Melalui Persidangan Perwakilan Seluruh Negeri bertarikh 24 Disember, keputusan telah diambil untuk mencari sebidang tanah yang sesuai untuk kegunaan Ibu Gereja.
Tahun 1990
Pada 4 Jun, Penguasa Ibu Gereja Sabah pada masa itu, iaitu mendiang Diaken John Wong menghantar surat permohonan tanah kepada Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) untuk tujuan membina bangunan Ibu Gereja, asrama pendeta, aula gereja, bilik kelas Pendidikan Agama dan lain-lain kemudahan untuk memenuhi keperluan perkembangan kerja suci.
Tahun 1994
Pada 7 Mei, Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) telah memberi maklum balas terhadap permohonan pihak gereja dengan meluluskan sebidang tanah simpanan untuk tujuan keagamaan di Sepanggar Bay (Lot 9). Cukai tanah yang perlu dibiayai adalah lebih kurang RM60 ribu.
Tahun 2000
Untuk mengembangkan gereja, Jawatankuasa Eksekutif Ibu Gereja telah membuat keputusan untuk membina sebuah cawangan gereja yang baru di kawasan Menggatal. Dn. Mikha Choo (kini Penatua) telah dilantik sebagai pengerusi AJK Penubuhan untuk mencari lot kedai yang sesuai di kawasan Menggatal sebagai tempat kebaktian untuk beribadah kepada Tuhan.
Menurut anggaran banci pemercaya yang dibuat oleh saudara Chin En Yen dari Gereja Tuaran, terdapat 25 buah keluarga menetap di kawasan Menggatal, dengan jumlah pemercaya sekitar 115 orang.
Tahun 2001
Mesyuarat AJK Penubuhan kali pertama dipanggil oleh Dn. Mikha Choo pada bulan Jun, dan melantik penguasa sementara bagi Gereja Menggatal. Penguasa diberi mandat untuk mencari lot kedai yang sesuai di kawasan Menggatal, selanjutnya menjalankan pengubahsuaian untuk membolehkan tempat itu digunakan sebagai ruang beribadah kepada Tuhan.
Penguasa Gereja: Saudara Ng Kung Fong; (Timbalan): Saudara Silun Durasim
Bendahari : Saudara Lee Fook Lin; (Timbalan): Saudara Liew Su On
Setiausaha : Saudara Chong Yin Fah
Hal Ehwal Am : Saudara Richard Lu; (Timbalan): Saudara Tsen Kin Nyen
Pada bulan Oktober, sebuah lot kedai (No. 9) berjaya didapati di Taman Indah Permai dan diubahsuai menjadi tempat kebaktian, dengan tempoh penyewaan selama 3 tahun. Zon Kota Kinabalu dan Gereja Kota Kinabalu pada masa itu telah menghulurkan bantuan kewangan kepada Gereja
Menggatal, yang merangkumi kos penyewaan selama 6 bulan dan kos penyelenggaraan lot kedai.
Tahun 2002
Pada 6 Oktober (Sabtu), kebaktian Sabat pertama bermula pada jam 2 petang. Kehadiran sejumlah 108 orang yang dipimpin oleh Pendeta Philip Chong (kemudian diurap sebagai Penatua) dengan judul khutbah “Berkat Indah Bait Suci”.
Tahun 2004
Jawatankuasa Eksekutif Ibu Gereja membuat keputusan membenarkan Gereja Menggatal membina aula gereja yang baru di tanah yang telah dipohon untuk tujuan mengembangkan kerja suci. AJK Gereja Menggatal mulai melancarkan dana dan mengeluarkan surat pekeliling melalui Ibu Gereja bagi memungut derma daripada gereja-gereja tempatan demi menyokong kos pembinaan gereja.
Tahun 2005
Pada bulan Jun, disebabkan tempoh penyewaan telah tamat dan kos sewa semakin tinggi, AJK Gereja Menggatal membuat keputusan untuk memindahkan tempat kebaktian ke lot kedai (No. 5, tingkat 1) di barisan kedai yang sama. Selepas bangunan diubahsuai, ia dijadikan sebagai tempat kebaktian untuk beribadah.
Pada bulan Oktober, AJK Gereja Menggatal membuat keputusan mengubah nama “Gereja Menggatal” ke “Gereja Sepanggar”.
Berdasarkan pelan lakaran dari Arkitek Lee & Lu dan Jurutera JP Spec, banyak usaha dilakukan untuk berhubung dengan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mendapatkan kelulusan permohonan dan pengubahsuaian Pelan Pembangunan (Development Plan) serta Pelan Pembinaan (Building Plan).
Tahun 2013
Syukur kepada Tuhan, pelan diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 21 Ogos.
Tahun 2014
Pada Bulan Mac, proses tender dijalankan dan jurubina berikut menerima tawaran pembinaan. Tanah tersebut diserahkan kepada jurubina pada 10 Julai 2014; proses pembinaan dijangka selesai pada 23 Oktober 2015.
Arkitek: Arkitek Lee & Lu
Jurutera: JP Spec Sdn Bhd
Juruukur Bahan: JUBM Sdn Bhd
Kontraktor: Right Vertex Sdn Bhd
Tahun 2018
Bersyukur kepada Tuhan, proses pembinaan bangunan gereja telah lengkap dan memperolehi Sijil Kelayakan Menduduki daripada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada 3 Disember.
Tahun 2019
Aula Gereja baru dibuka untuk digunakan untuk pertama kalinya pada 4 Januari (Jumaat) dan 5 Januari (Sabtu).
Hari / Masa | Jenis Kebaktian |
---|---|
Jum / 7.45pm - 8.45pm | Kebaktian Malam Sabat |
Sab / 2.15pm - 3.15pm | Kebaktian Hari Sabat |
GPS | |
6.060816, 116.149874 |