Gereja Penampang

Gereja Penampang

Gereja Penampang merupakan cawangan Gereja Kota Kinabalu. Kemah Doa Penampang
ditubuhkan di rumah Sdra Chong Fook Hin yang beralamat Lot 100 Taman BPL, Jalan Penampang
pada 14 September 1981 hasil perbincangan Mesyuarat Exco Gereja KK. Pemercaya yang
menghadiri kebaktian kebanyakannya terdiri daripada saudara-saudari yang tinggal berdekatan
dengan Jalan Penampang. Pada masa itu, kebaktian diadakan pada setiap Isnin pukul 7 malam,
jumlah pemercaya yang menghadiri kebaktian adalah dalam lingkungan 30 orang. Pada bulan
Februari 1987, masa kebaktian ditukar ke malam Jumaat. Sdra Chong Fook Hin merupakan orang
yang dipertanggungjawabkan mengendalikan kemah doa tersebut. Dalam tempoh tersebut, terdapat
taman perumahan yang baru dibina di sepanjang Jalan Penampang. Oleh sebab bilangan pemercaya
kian bertambah sehingga 40 lebih keluarga, maka adalah perlu bagi mencari satu tempat kebaktian
yang sesuai agar dapat menubuhkan gereja yang kedua di daerah KK kelak. Pada tahun 1987,
Gereja KK telah membeli sebidang tanah di Lorong Tosaraya 3, Taman Tosaraya, Jalan Kepayan
Kobusak, Off Jalan Penampang untuk pembinaan gereja yang kekal.

Pada 15 April 1988 menerusi Persidangan Pemercaya, pihak gereja mengambil keputusan menyewa
sebuah unit di tingkat 3 di Towering Centre untuk menjalani kebaktian memandangkan jumlah
pemercaya di sekitar Jalan Penampang kian bertambah. Pada 16 Julai 1988, Kebaktian Hari Sabat
mula diadakan. Purata jumlah pemercaya yang menyertai Kebaktian Malam Jumaat adalah 70 orang
manakala purata jumlah pemercaya yang menyertai Kebaktian Hari Sabat sesi petang adalah 150
orang. Oleh sebab bilangan pemercaya yang menghadiri kebaktian telah memenuhi syarat untuk
menubuhkan gereja, maka pada 1 hb September tahun yang sama ahli Exco gereja telah dilantik dan
Exco gereja secara rasminya ditubuhkan pada 19 hb September. Penguasa gereja yang pertama
adalah Dn Heman Wong. Exco gereja telah memutuskan bahawa Kebaktian Bacaan Alkitab dan
Sesi Doa diadakan setiap malam Rabu dan menubuhkan kumpulan koir serta kelas pendidikan
agama pada Hari Sabat. Jumlah murid-murid pada peringkat awal adalah kira-kira 10 hingga 15
orang.

Exco gereja kemudian mula merancang pembinaan gereja baharu di tanah yang telah dibeli dan
menghantar pelan pembangunan gereja kepada Majlis Perbandaran Penampang untuk kelulusan.
Pada tahun 1989, pihak gereja mula mengumpulkan dana pembinaan gereja dengan menggalakkan
para pemercaya menderma. Sdra Teo Then Wah telah diurap sebagai Dn Timon Teo dan
merupakan diaken lelaki yang kedua Gereja Penampang.

Pada tahun 1990, pihak gereja menyewa lagi sebuah unit di tingkat dua bangunan yang sama untuk
kegunaan kelas pendidikan agama memandangkan bilangan murid yang kian bertambah.

Pada tahun 1993, sebuah Jawatankuasa Pembinaan Gereja ditubuhkan secara rasmi. Kerja
pembinaan gereja juga dimulakan pada tahun yang sama. Oleh sebab dana pembinaan yang tidak
mencukupi, maka Exco gereja mengambil keputusan membuat pinjaman dari ibu gereja dan
pemercaya tempatan. Syukur kepada Tuhan, dana pembinaan gereja berjaya dikumpulkan untuk
menyiapkan projek tersebut hasil maklum balas pemercaya yang memberangsangkan. Pada akhir
tahun 1995, kerja pembinaan bangunan gereja fasa pertama telah berjaya disiapkan. Perpindahan ke
bangunan gereja baharu dilakukan pada 1 Januari 1996 manakala Kebaktian Hari Sabat yang
pertama diadakan pada 5 Januari 1996. Bilangan pemercaya yang menghadiri kebaktian telah
mencecah 200 orang manakala jumlah murid Pendidikan Agama pada Hari Sabat turut bertambah
sehingga 50 lebih orang. Upacara Pentahbisan Gereja diadakan pada 24 Mei 1997 sempena
Kebaktian Kebangunan Rohani. Pembinaan bangunan serbaguna tiga tingkat fasa kedua dimulakan
pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996.

Persahabatan Belia Penampang ditubuhkan pada bulan Jun 1995 manakala kebaktian Persahabatan
Belia yang pertama diadakan pada 7 Jun 1995. Persahabatan Saudari hanya ditubuhkan pada bulan
Januari 1996 selepas berpindah ke gereja baharu.

Syukur kepada Tuhan, Gereja Penampang dapat membantu Ibu Gereja mengadakan Kursus Teologi
Jangka Pendek setiap tahun mulai tahun 1996 disebabkan gereja mempunyai kemudahan
infrastruktur yang lengkap. Pada tahun 1996, Gereja Penampang meminjamkan tingkat tiga
bangunan serbaguna kepada Maktab Teologi sebagai kelas pembelajaran dan asrama sehingga
tahun 2011 barulah Maktab Teologi dipindahkan kembali ke Ibu Gereja. Gereja Penampang juga
membantu Ibu Gereja mengadakan beberapa aktiviti berskala besar seperti Majlis Pelancaran Ulang
Tahun Penginjilan Sabah ke-70 (13 Mac 1997) dan Majlis Perasmian bagi Mesyuarat Perwakilan
selurah Dunia IA (Mac 2005).

Bermula dari 6 Februari 1999, sesi doa pagi selama setengah jam diadakan pada pukul 6.30 pagi
setiap hari Sabat. Bermula Mac 2000, kebaktian Sabat sesi pagi pada jam 10 pagi diadakan pada
setiap Sabtu minggu pertama setiap bulan. Bermula Jun 2006, kebaktian sesi pagi dan sesi petang
telah diadakan secara tetap.

Pada Kebaktian Kebangunan Rohani bulan Mei 2003, dua orang diaken diurap iaitu Dn John Vun
dan Dn Daniel Chin. Pada tahun 2011, Dn Benjamin Hiew diurap manakala pada tahun 2015,
seorang diakenis diurap iaitu Dns Jehosheba Liew.

Kelas Pendidikan Agama Gereja Penampang dimulakan pada tahun 2001. Waktu kelas diubah dari
petang Sabat ke pagi Ahad. Sistem pendidikan agama yang lebih sempurna dijalankan, di mana
merangkumi kelas tadika hingga kelas menengah atas.

Persidangan Pemercaya Gereja Penampang kali pertama diadakan pada tahun 2011 untuk
melaporkan laporan tahunan serta perancangan tahunan. Ahli Exco gereja pula dilantik menerusi
pencalonan dan undian semasa Persidangan Pemercaya, tempoh khidmat selama 3 tahun.

Persahabatan Abadi mula berkebaktian sebulan dua kali sejak Julai tahun 2015. Masa kebaktian
adalah 11.30 pagi hari Sabat.

Setakat tahun 2016, jumlah pemercaya Gereja Penampang adalah seramai 300 lebih orang dan
mempunyai 4 orang diaken dan seorang diakenis. Kelas pendidikan agama mempunyai 11 kelas
dari kelas tadika sehingga kelas menengah atas dengan murid berjumlah 95 orang dan guru
(termasuk pelatih) berjumlah 58 orang. Kebaktian Mengkaji Alkitab diadakan setiap malam Isnin
dan dipimpin oleh pendeta. Kebaktian malam diadakan pada setiap Rabu dan Jumaat. Hari Sabtu
iaitu Hari Sabat dimulakan dengan Sesi Doa Pagi pada pukul 6.30 pagi, Kebaktian Sabat sesi
pertama diadakan pada jam 10 pagi manakala Kebaktian Sabat sesi kedua diadakan pada jam 2
petang. Latihan Koir Penampang diadakan pada jam 4.30 petang selepas kebaktian. Kebaktian
Persahabatan Saudari diadakan pada pukul 8 malam setiap Khamis ketiga setiap bulan manakala
Persahabatan Belia mengadakan kebaktian malam dua kali sebulan.

Cawangan Gereja:

Pada tahun 1997, Exco Gereja Penampang telah mula mencari lokasi yang sesuai di kawasan
Donggongon untuk disewa sebagai tempat kebaktian agar dapat didirikan sebuah gereja cawangan
di sana kelak. Setelah dua tahun dihabiskan untuk kerja pencarian dan pemeriksaan beberapa
kawasan, maka Mesyuarat Exco gereja pada 11 Jun 2000 telah meluluskan pembelian sebuah unit
di lot 4 tingkat 4 blok K di kawasan perdagangan Pekan Baharu Donggongon dengan belanja
sebanyak RM 80,000. Sdra Wong Chew Lin (sekarang Dn Andrew Wong) dan Sdra Pang Min Kui
(sekarang Dn Peter Pang) dilantik sebagai ketua Jawatankuasa Kerja penubuhan Gereja

Donggongon dan seterusnya menjalani kerja pengubahsuaian gereja. Unit sebelah di lot 5 telah
dibeli pada tahun berikutnya. Gereja Donggongon mula berkebaktian pada 8 April 2001 dan mula
menubuhkan Exco Gereja Donggongon.

Oleh sebab Gereja Donggongon terletak di tingkat 4 dan sempit, keadaan ini menyusahkan
pemercaya yang lanjut usia. Exco gereja berpendapat ada keperluan untuk mencari sebidang tanah
yang lain untuk pembinaan gereja yang kekal. Namun disebabkan gereja baru sahaja ditubuhkan
dan tiada dana yang mencukupi untuk pembangunan gereja, maka Gereja Penampang sebagai
gereja induk akan cuba menghulurkan bantuan kewangan sebagai dana untuk pembelian tanah
demi pembinaan gereja baharu.

Mohon Tuhan terus memimpin kami, semoga segala kepujian dan kemulian diberikan kepada nama
kudus Tuhan Yesus.