Gereja Kota Kinabalu

Sejarah Gereja Kota Kinabalu

Berikut merupakan sambungan sejarah Gereja Kota Kinabalu dari tahun 1980-an:
Masa berlalu dengan begitu cepat, Injil kebenaran disebarkan ke Sabah pada tahun 1927, hanya sekelip mata sahaja ulang tahun ke-90 telah tiba.
Jika dikatakan bahawa tahun 1987 merupakan titik perubahan bagi sejarah perkembangan gereja Kota Kinabalu, maka tahun 2017 pula merupakan suatu permulaan yang baharu . Kepercayaan yang telah diteruskan selama seabad ini seumpama sebuah kereta api yang dipandu maju ke hadapan secara berterusan di bawah pimpinan Roh Kudus. Setiap keberangkatan diiring dengan pembangunan dan pengharapan yang baru.

Dari tahun 1987 sehingga kini, Gereja Kota Kinabalu dapat berkembang secara stabil di bawah pimpinan dan berkat Tuhan. Pembangunan dan kemudahan konkrit yang disediakan adalah seiring dengan masa; aspek pembangunan jemaat telahpun diusahakan dengan giat. Kiranya Tuhan mencurahkan berkat yang berkelimpahan, “akan datang lagi bangsa-bangsa dan penduduk banyak kota, melunakan hati Tuhan dan mencari Tuhan semesta alam” (Za 8: 20-21).

Pertama, Perkembangan Bangunan dan Kemudahan Konkrit Gereja:
1. Membina Bangunan Serbaguna Lima Tingkat:
Jawatankuasa Eksekutif Kota Kinabalu bermesyuarat pada tahun 1992 untuk membeli sebidang tanah berkeluasan 0.253 ekar yang berdekatan dengan lereng bukit Gereja Kota Kinabalu, di mana sebuah banglo dibina di atas tanah tersebut. Sedangkan Gereja Kota Kinabalu semakin berkembang, bilik
darjah kelas pendidikan agama dan ruangan serbaguna tidak lagi mampu menampung keperluan, kemudahan dapur turut tidak sempurna. Jawatankuasa Eksekutif membuat keputusan untuk membina bangunan serbaguna lima tingkat di atas tanah yang dibeli. Walaupun gereja berhadapan dengan kekangan pembiayaan pada masa itu, namun syukur kepada Tuhan, amaun ini berjaya dikumpul dengan begitu cepat sekali. Bangunan ini siap
dibina pada hujung tahun 2003, sememangnya Tuhan menyediakan. Anugerah Tuhan ajaib sekali, setelah bangunan ini siap dibina, ia bukan sahaja membekalkan tempat untuk tujuan serbaguna, malah dapat berfungsi sebagai tembok penahan. Kegunaannya begitu banyak sekali.

2. Membina Pusat Pentadbiran Ibu Gereja:

Pada tahun 2009, pusat pentadbiran Ibu Gereja Sabah masih terbatas dengan kemudahan Gereja Kota Kinabalu yang kurang lengkap. Ibu Gereja Sabah berperanan untuk mengurus dan menghubungkan gereja-gereja di seluruh Sabah, tambahan pula Persidangan Perwakilan dijalankan setiap tahun.
Namun atas sebab kekangan tempat, keperluan ini tidak dapat dipenuhi. Permohonan telah dibuat untuk menggunakan tanah Gereja Kota Kinabalu untuk membina Bangunan Pentadbiran Ibu Gereja.
Setelah penguasa Gereja Kota Kinabalu pada masa itu berbincang dengan pelbagai pihak, keputusan dibuat untuk merobohkan bilik darjah kelas pendidikan agama sedia ada yang diperbuat daripada papan supaya dapat membuka ruang bagi pembinaan bangunan Ibu Gereja. Syukur kepada Tuhan, bangunan lima tingkat ini mula dibina pada awal tahun 2009 dan siap dibina pada hujung tahun tersebut. Projek ini hanya memakan masa selama satu tahun.
Terdapat bilik mesyuarat Ibu Gereja, Maktab Teologi, pusat kegiatan, bilik darjah, asrama dan kemudahan lain-lain dalam bangunan ini.

3. Pengubahsuaian hiasan dalaman Gereja Kota Kinabalu:
Pada tahun 2014, Jawatankuasa Eksekutif gereja membuat keputusan untuk mengubahsuai bangunan Gereja Kota Kinabalu yang dibina pada tahun 1971 untuk kali kedua, di mana merangkumi siling, jubin lantai, pentas khotbah, reka bentuk pencahayaan, penghawa dingin dan lain-lain. Wajah baru
selepas pengubahsuaian menyediakan persekitaran yang lebih selesa bagi para seiman untuk beribadah kepada Tuhan. Semoga melalui kemudahan yang telah dinaiktaraf, kuantiti dan kualiti pemercaya dapat ditingkatkan.

Kedua, Membuka Cawangan Gereja
Pada tahun 1987, terdapat 51 buah gereja di seluruh Sabah. Wawasan Tahun 2000 Ibu Gereja adalah untuk menambah bilangan gereja sehingga 100 buah dalam tempoh masa 10 tahun. Walaupun Gereja Kota Kinabalu ingin mencapai wawasan ini, suatu kerisauan telah timbul. Pada tahun 2000, Kota
Kinabalu akan dinaiktarafkan menjadi bandar, perancangan bandar mungkin menyukarkan perkembangann gereja. Membuka cawangan gereja adalah sesuai dengan taktik penginjilan, sama seperti gereja pada zaman rasul yang dimulakan daripada titik ke garis dan permukaan. Oleh itu, Gereja Kota
Kinabalu membuat keputusan untuk mendorong pencawangan gereja dengan lebih giat. Kira-kira pada tahun 2000, Gereja Kota Kinabalu telah membuka 7 cawangan gereja di bawah pengerjaan Roh Kudus.
Sehingga tahun 2017, terdapat 18 buah gereja dan khemah doa di Sub Zon Kota Kinabalu.

Cawangan Gereja Tarikh Pembukaan Cawangan (Nota 1)
1 Penampang Tahun 1989
2 Tanjung Aru Tahun 1992
3 Putatan Tahun 1997
4 Inanam Tahun 1998
5 Kolombong Tahun 2000
6 Asia City Tahun 2000
7 Sepanggar Tahun 2002
8 Donggongon Tahun 2013
9 Danau Tahun 2011 (Nota 2)
10 Pangasaan Tahun 2005
11 Sagumau Tahun 1995 (Nota 3)

Sejarah pembangunan setiap gereja diberi secara berasingan. Oleh itu keterangan lanjut tidak diberikan di sini.

Ketiga, Perkembangan Jemaat
Merenung kembali sejarah Gereja Kota Kinabalu sepanjang berpuluh-puluh tahun, para pemercaya dapat merasai pimpinan Tuhan dari awal sehingga kini. Walaupun jemaat yang terlibat, perkara yang berlaku serta pekeliling yang berada telahpun berubah, namun kita tetap memiliki Tuhan yang tidak akan berubah selama-lamanya sebagai sandaran. Dalam keadaan ini, haruslah memulihkan semangat penerokaan pekerja suci zaman awal, berinovasi dalam taktik penginjilan, memelihara kebenaran gereja dan sehati mengembangkan Injil (Nota 4). Dengan begini barulah dapat memajukan kerja suci dan mencapai perkembangan yang lebih cepat.
Bilangan pemercaya di Gereja Kota Kinabalu adalah tertinggi di seluruh Sabah. Ia juga merupakan pusat aktiviti Sub Zon Kota Kinabalu. Ia sepatutnya menjadi teladan kepada gereja-gereja lain dalam aspek penginjilan dan penggembalaan. Kristus merupakan Kepala, jemaat yang merupakan tubuh-Nya haruslah saling memperhatikan. Dengan ini barulah perkembangan yang sempurna dapat dicapai. Syukur kepada Tuhan, di bawah berkat-Nya, ahli jawatankuasa gereja dan saudara-saudari yang mengasihi Tuhan rela mempersembahkan wang, masa dan tenaga untuk mengembangkan gereja, menambahbaik saluran pelayanan, menambah unit pelayanan dan bilangan ahli jawatankuasa supaya para pemercaya mempunyai ruangan pelayanan yang lebih luas. Dalam perihal pembukaan cawangan gereja, ramai petugas suci telah berjaya direkrut untuk melayani Tuhan dan menjadi sokoguru jemaat.

Empat, Gambaran Keseluruhan Gereja Likas
1. Statistik populasi:
Bilangan pemercaya:792 orang (Nota 5) (merangkumi 4 Penatua, 4 Diaken, 3 Diakenis)

2. Aktiviti penginjilan:
Kebaktian Penginijlan diadakan tiga bulan sekali
Seminggu selepas Kebaktian Penginijlan, Sakramen Pembaptisan, Sakramen Pembasuhan Kaki dan
Sakramen Perjamuan Kudus dilaksanakan
Mulai tahun 2017, Kebaktian Penginjilan diadakan pada hari Jumaat bagi minggu keempat setiap
bulan (Aktivit penginjilan peringatan Ulang Tahun ke-100).
Mengadakan kelas injil dan kelas pemercaya baru
Kumpulan lawatan melawat pencari injil

3. Hal-hal penggembalaan:
a. Mengadakan Kebaktian Kebangunan Rohani tahunan.
b. Mengadakan Kelas pendidikan agama untuk menggembala domba-domba Tuhan.
c. Terlibat dalam Kebaktian Kebangunan Rohani Murid-Murid Sekolah Menengah dan Kursus
Teologi Jangka Pendek.
d. Melibatkan Persahabatan Saudari, Persahabatan Saudara dan Persahabatan Belia dalam tugas
penggembalaan.
e. Mempunyai kumpulan menyambut hadirin kebaktian.
f. Menyediakan pangkalan data gereja untuk menyimpan data pemercaya berdaftar.