Gereja Kelombong

Gereja Kelombong

Bangunan Gereja Pertama Di Taman Iramanis:
Gereja Kolombong diasaskan pada tahun 2000 dan merupakan cawangan Gereja Kota
Kinabalu yang ketujuh. Gereja Kolombong diasaskan oleh mendiang Dn. John Wong
(Pengerusi Ibu Gereja Sabah dan penguasa Gereja Kota Kinabalu pada masa itu). Pada 28
November 1999, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Gereja Kota Kinabalu membuat
keputusan untuk membuka cawangan gereja di kawasan Kolombong. Seterusnya,
jawatankuasa sementara ditubuhkan untuk mengurus perihal pembukaan cawangan gereja.
Lepas perancangan dan penyelidikan, akhirnya keputusan dibuat untuk menjadikan sebuah
kedai yang terletak di Lot 8, Tingkat 3, Blok B, barisan kedai Taman Iramanis sebagai tempat
berkebaktian. Atas anugerah Tuhan, dengan pinjaman Gereja Kota Kinabalu ditambahkan
dengan persembahan yang dikumpul, akhirnya lot kedai tersebut yang berharga seratus tujuh
puluh ribu ringgit berjaya dibeli. Pada 25 Februari 2000, satu upacara doa kesyukuran yang
ringkas diadakan sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan kerana nama gereja dapat
dijunjung di kawasan Kolombong untuk memuliakan Tuhan. Lepas proses pengubahsuaian,
akhirnya kebaktian hari Sabat yang pertama telah diadakan pada 6 Mei 2000.

Sepanjang beberapa tahun, Tuhan telah mencurahkan berkat yang berkelimpahan kepada
Gereja Kolombong. Berkat bukan sahaja dari segi kewangan, malahan bilangan pemercaya
turut bertambah. Keluasan lot kedai tersebut ialah lebih kurang 1,400 kaki persegi,
merangkumi pejabat yang juga digunakan sebagai bilik darjah Pendidikan Agama dengan
keluasan lebih kurang 100 kaki persegi, dapur dan tandas. Beberapa tahun kemudian, gereja
yang dapat menampung 90 orang itu telah tidak muat sempena kebaktian hari Sabat. Di
samping itu, lebih kurang 20 orang kanak-kanak terpaksa berhimpit dalam sebuah bilik yang
kecil untuk menghadiri kelas apabila kebaktian dijalankan. Atas sebab-sebab tersebut,
Jawatankuasa Eksekutif gereja perlu mencari altenatif untuk mengatasi keadaan bilangan
pemercaya yang semakin bertambah. Pada tahun 2005, kerja mencari lokasi baru untuk
pmbinaan bangunan gereja bermula.

Bangunan Gereja Kedua di Taman BDC:
Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif kali pertama pada tahun 2006 membuat keputusan untuk
mencari sebidang tanah untuk mendirikan gereja, atau membeli bangunan konkrit dan
mengubahsuai menjadi bangunan gereja. Namun tidak ada sebarang hasil walaupun kerja
penyelidikan dijalankan. Kemudian baru difahami bahawa Tuhan telah menyediakan
bangunan gereja di Taman BDC. Lokasi tersebut dekat dengan lebuh raya, persekitarannya
sunyi dan tempat letak kenderaan juga agak luas. Bangunan ini merupakan gabungan tiga lot
kedai yang bertingkat dua dengan keluasan 8,160 kaki persegi. Pada awalnya, bangunan ini
merupakan kolej tetapi telah ditutup beberapa tahun kemudian. Bangunan ini merupakan
simpanan Tuhan untuk gereja Kolombong. Setelah dikosongkan, bangunan tersebut tidak
diiklan untuk penjualan. Kerja Tuhan memang tepat pada masanya. Apabila AJK Pembinaan
tengah mencari tempat untuk pembinaan bangunan gereja, barulah dapat tahu bahawa
bangunan ini terbuka untuk dijual dan seterusnya mengatur masa dengan pemilik bangunan
untuk penyelidikan. Atas nasihat Ibu Gereja, Jawatankuasa Eksekutif telah berbincang
dengan pihak pengurusan Taman BDC mengenai harga pembelian sepanjang 6 bulan. Dalam
tempoh ini, tidak ada pembeli lain yang berminat terhadap tapak ini.

Pada awal tahun 2008, iaitu setahun selepas pembelian bangunan, dengan dana yang cukup
projek pengubahsuaian baru bermula. Apabila kerja pengubahsuaian dijalankan, pihak
sekolah rendah yang berdekatan baru menyedari bahawa mereka telah terlepas peluang yang
baik untuk membeli bangunan ini. Mereka ingin mendapatkan bangunan ini sebab tapak ini
amat sesuai dengan rancangan pembangunan mereka dan sangat dekat dengan alamat
sekolah. Mereka turut menyiarkan CD rakaman pelan rancangan pembangunan sekolah
mereka. Setelah diberitahu bahawa bangunan ini adalah untuk dijadikan sebagai gereja dan
tidak akan dijual, mereka turut meminta alamat Ibu Gereja Sabah kerana ingin merebut
peluang membeli bangunan tersebut. Ini jelas menunjukkan bahawa inilah bangunan
simpanan Tuhan untuk gereja-Nya. Sepanjang tempoh kekosongan bangunan, Tuhan
menutup mata orang-orang luar dan memberi masa yang mencukupi untuk berbincang
dengan pihak pengurusan Taman BDC mengenai harga jualan.

Walau bagaimanapun, harga bahan-bahan binaan naik secara berterusan, anggaran kos
perbelanjaan perlu diubah. Walaupun terpaksa menanggung kos perbelanjaan
yang begitu besar, namun bagi Tuhan tidak ada yang mustahil. Syukur kepada Tuhan, ramai
pemercaya telah digerakkan oleh kasih Tuhan untuk memberikan persembahan dengan murah
hati. Dana bukan sahaja disalurkan oleh pemercaya Gereja Kolombong, malahan para seiman
dari seluruh Sabah dan luar negara turut mencurahkan bantuan. Apabila berhadapan dengan
masalah kewangan, kasih seiman amat menggerakkan hati. Dengan pinjaman dan
persembahan yang ada, akhirnya projek pengubahsuaian dapat dimulakan. Syukur kepada
Tuhan, projek pengubahsuaian selesai pada bulan Januari tahun 2009 dan ditahbis untuk
kegunaan Tuhan.

Pada 6 Februari 2009, kebaktian kesyukuran diadakan di bangunan gereja baru. Ruangan
menjadi lebih luas jika dibandingkan dengan bangunan gereja lama. Belakang aula gereja
terdapat sebuah bilik kanak-kanak yang boleh digunakan oleh para ibu untuk menjaga anak-
anak kecil semasa kebaktian dijalankan. Bilik Audio Visual yang mengurus kerja rakaman
dan tayangan berada di bahagian atas aula gereja. Tingkat satu terdapat dua buah bilik darjah,
sebuah bilik mesyuarat dan sebuah tandas. Kemudahan di tingkat bawah pula termasuk
kaunter menyambut tetamu dan bilik untuk kegunaan pemercaya lanjut usia. Selain itu,
terdapat ruangan serbaguna yang boleh digunakan untuk aktiviti persahabatan serta tandas
untuk saudara, saudari, termasuk sebuah tandas untuk kegunaan orang kurang upaya. Tempat
makan berada di bahagian belakang bangunan gereja, tepinya terdapat bilik perkakasan dan
bilik stor. Di bawah tangga pula terdapat generator untuk digunakan apabila bekalan elektrik
terputus. Sebuah dapur dibina pada bahagian belakang bangunan gereja untuk penyediaan
makanan ketika aktiviti-aktiviti gereja dijalankan.

Pokok bunga ditanam di sekeliling gereja supaya penampilan luar bangunan gereja menjadi
cantik dan indah. Bangunan gereja dihias dengan cantik dan rapi membolehkan para
pemercaya datang beribadah dengan lebih bersukacita.

Syukur atas kasih karunia dan penjagaan Tuhan terhadap Gereja Kolombong. Kiranya segala
pujian dan kemuliaan diberikan kepada Tuhan Yesus Kristus. Amen!