Gereja Asia City

Gereja Asia City

Gereja Asia City ditubuhkan atas program desentralisasi Gereja Kota Kitnabalu untuk memberitakan Injil dan juga untuk mengembalakan kawanan yang tinggal di bandar serta untuk memudahkan seiman-seiman yang bekerja dan belajar di sekitar kawasan bandar termasuklah mereka yang dari kawasan lain dan yang dari luar negara untuk menghadiri kebaktian.

Dengan kesedaran akan kesusahan-kesusahan yang mungkin bangkit dalam penubuhan tempat-tempat ibadah apabila Kota Kinabalu dinaiktaraf menjadi sebuah kota, dimana penaikantaraf dirancang akan berlangsung pada 2 Febuari 2000, Ahli Jawatankuasa Zon Kota Kinabalu segera menubuhkan kumpulan AJK sementara untuk menubuhkan sebuah gereja di dalam kota dan Dn. Luke Tham, pengerusi Gereja Tanjung Aru, telah dipertanggungjawabkan untuk memikul tugas ini. Sebuah mesyuarat telah diadakan pada
2 November 1999 di Bilik Tindakan IG Sabah dan seiman-seiman berikut telah dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa sementara untuk menubuhkan gereja di bandar:-
Pengerusi : Sdra. Horlick Liau
Timbalan Pengerusi : Sdra. Yong King Fui
Setiausaha : Sdra. Rocky Soh Andu
Bendahari : Sdra. Eddie Chin
Hal Ehwal Am : Sdra. Chong Fook Foh
Ahli Jawatankuasa : Sdra. Ki Ket Leong, Sdri. Jenny Leong

Pujian diberikan kepada Tuhan atas pimpinan-Nya, AJK hanya mengambil masa 3 minggu untuk mencari lokasi kini di Lot 67, Tingkat 2, Blok H, Lorong Singgah Mata 4, Asia City, terdiri daripada dua unit bersambungan dengan keluasan lantai sebanyak 2,100 kaki persegi.Pengubahsuaian tapak disiapkan pada pertengahan Febuari 2000.

Kebaktian Sabat pertama diadakan pada 4 Mac, 2000 dengan kehadiran 142 seiman. Pentahbisan Gereja diadakan pada 3 Mac, 2001. Purata kehadiran semasa Hari-Hari Sabat adalah antara 75 hingga 100 orang.
Setakat ini, dua sesi kebaktian diadakan setiap minggu, iaitu kebaktian malam Jumaat dari 7:30 PM hingga 8:30 PM dan kebaktian Sabat dari 2:00 PM hingga 3:00 PM.

AJK rasmi gereja sekarang (2015-2017) adalah seperti berikut:-
Penguasa Gereja : Dn. Zebedee Chong
Setiausaha : Sdri. Foo Yee Hwei
Bendahari : Sdra. Thomas Chong

Timbalan : Sdri. Chin Fung En
Hal Ehwal Am : Sdri. Betty Chin Shin Mee
Timbalan : Dns. Julia Chin
Ahli Jawatankuasa : Pnt. Jonah Yapp

Kiranya mata-Mu terbuka terhadap rumah ini, siang dan malam, terhadap tempat yang Kaukatakan akan menjadi kediaman nama-Mu–dengarkanlah doa yang hamba-Mu panjatkan di tempat ini. (2 Taw 6:20)

Segala kemuliaan diberikan kepada nama Kudus Tuhan Yesus kita dari sekarang sampai selama-lamanya. Amin!